Welcome to the Void of Eternal Despair... Being poetic?

Thursday, October 6, 2011

My Lousy BM Drama - Ihsan & Dosa


Babak I
Masa     : Malam
Tempat : Taman Bastion

PROFESOR NATAS  : TUNGGU! Jangan lari, pengecut!

PROFESOR NATAS mengejar seorang lelaki misteri melepasi beberapa jalan yang diterangi oleh lampu jalan sahaja, sepanjang masa kejaran itu dia menjerit ancaman kepada lelaki tersebut. Terdengar jeritan PROFESOR NATAS, jiran-jiran Taman Bastion yang kehairanan membuka langsir tingkap untuk meninjau keadaan yang hiruk-biruk di luar.

PROFESOR NATAS  : Aneh! Saya langsung tak dapat mendekatkan jarak kami! Kelajuan larian kami berdua macam sama saja?

Setelah bekejar-kejaran selama 5 minit, lelaki itu memasuki  sebuah lorong buntu yang kecil lagi gelap. PROFESOR NATAS menghampiri lelaki yang masih membelakangkannya itu dengan langkah yang perlahan.

PROFESOR NATAS  : Cukup! Jangan cuba untuk larikan diri lagi! Apakah yang telah saya lakukan hingga melahirkan kebencian kamu yang amat sangat terhadap saya hingga kamu sanggup membunuh mereka! KENAPA!? 

???                               : Natas Sedah, peribahasa ‘sudah jatuh ditimpa tangga’memang sesuai untuk
menggambarkan hari malang kamu ini. Bagaimanakah perasaan kamu sekarang? Penuh dengan derita dan sengsara? Hahahaha!

PROFESOR NATAS  : Tutup mulut keji kamu tu! Jangan memaksa saya untuk mencedarakan kamu!

Namun, perkataan lelaki misteri memang bersah. PROFESOR NATAS berfikir kembali memori hari tersebut. Terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam  masa yang singkat menyebabkannya menyoal realiti kejam yang dihadapinya sekarang. Segalanya bermula dari percubaan mesin dimensi prototaip PROFESOR NATAS......

Babak II
Masa     : Petang
Tempat : Makmal PROFESOR NATAS, Universiti
                Utopia

PROFESOR NATAS seorang ahli saintis yang unggul. Setelah membuat penyelidikan dan eksperimen selama 10 tahun, akhirnya dia dan pembantunya, KRIS telah berjaya untuk menciptakan sebuah mesin dimensi prototaip. Mesin tersebut membolehkan penggunanya bergerak ke mana-mana sahaja dalam  masa yang singkat. Namun begitu, malang tidak berbau, ketika PROFESOR NATAS dan KRIS sedang membuat percubaan terakhir pada mesin itu, bumbung universiti terkena petir yang kuat lalu disalurkan ke bekalan elektrik universiti. Akibatnya, aliran elektrik yang kuat telah merosakkan mesin dimensi......

PROFESOR NATAS  : Kris! Mesin dimensi prototaip sedang berfungsi pelik! Lantas memutuskan bekalan elektrik!

KRIS                           : Ya profesor! ( cuba menutup suis tetapi terkena kejutan elektrik ) AaaaaaaahhhhHHHHHHHH!!!  ( pengsan )

PROFESOR NATAS  : Kris! KRIS!

Pada masa itu, pintu dimensi di mesin dimensi tersebut terbuka, dan ia menyedut PROFESOR NATAS ke dalamnya. Walaupun telah menggunakan kesemua tenaganya, PROFESOR NATAS masih tidak dapat berlawan dengan kuasa sedutan mesin dimensi, dan akhirnya dia telah disedut ke dalam terowong dimensi berwarna pelangi , PROFESOR NATAS kini hanya boleh bergantung kepada nasib kerana dia bakal dibawa ke dimensi yang tidak diketahui......

Babak III
Masa     : ???
Tempat : ???

Apabila PROFESOR NATAS tiba di akhir terowong, dia menyedari bahawa dia telah dibawa ke dimensi yang hanya wujudnya kekosongan. Mengelitikan keadaan sekeliling, warna putih sahaja yang dapat dilihat oleh PROFESOR NATAS. Tiba-tiba, cahaya yang membutakan memancar ke arah PROFESOR NATAS. Sebaik sahaja PROFESOR NATAS membuka matanya semula, dia terlihat sebuah bayangan transparen yang sebesar bangunan dua tingkat.

ZOROX                      : Selamat datang ke dimensi kekosongan, manusia. Saya ialah Zorox. dewa kekosongan.

PROFESOR NATAS  : Wahai dewa Zorox, tolong menghantar saya balik ke Dimensi Bumi! Kawan saya telah pengsan dikejut elektrik dan saya perlu pergi selamatkannya!

ZOROX                      :
Baiklah, tetapi kamu mesti menjalani ujian saya sebelum saya menghantar kamu balik ke Bumi.

PROFESOR NATAS  : Saya sudi melaksanakan apa sahaja asalkan dapat balik ke Bumi, dewa Zorox!

ZOROX                      :
Kamu mempunyai jiwa yang berani, manusia. Bersiap sedialah!

Sekali lagi PROFESOR NATAS dibutakan cahaya, dan apabila dia membuka mata semula, dia terlihat perkara yang paling gerun dalam sepanjang kehidupannya.

Babak IV
Masa     : Pukul 6, 6 minit, 6 saat petang
Tempat : Universiti Utopia & Rumah PROFESOR    
                NATAS, Taman Bastion

Terlantar di lantai makmal, KRIS telah dicalar beberapa kali pada badannya. Ketika PROFESOR NATAS berada di dimensi kekosongan, seseorang telah membunuh KRIS apabila dia masih pengsan. Badan KRIS berlumuran dengan darah, darahnya dan kesan calaran masih segar. Mengangkat KRIS dengan kedua-dua belah tangannya, PROFESOR NATAS bersumpah akan membalas dendam bagi pihak KRIS. Sebelum meninggalkan universiti, PROFESOR NATAS telah meletakkan mayat KRIS dalam mesin cryo ciptaan sendiri. Dalam perjalanan balik ke rumah, hati PROFESOR NATAS dipenuhi soalan.

PROFESOR NATAS  : Siapakah yang begitu kejam hingga sanggup membunuh Kris? Mengapakah Kris dibunuh? Adakah ia kerana dia pernah menimbulkan kemarahan orang lain?

Walaubagaimanapun, soalan-soalan  tersebut lenyap segera apabila PROFESOR NATAS terlihat pintu rumahnya telah terbuka. Lampu rumah juga tidak dinyalakan. KARIN, isteri PROFESOR NATAS tidak pernah menutup lampu pada waktu malam kerana anak perempuannya ALICE takut akan kegelapan. Sesuatu yang buruk telah berlaku......

PROFESOR NATAS  : ( masuk ke dalam rumah secara berhati-hati ) Karin, kamu ada di rumah ke? Saya sudah balik! Karin! Alice! Di manakah kamu berdua?!

PROFESOR NATAS ternampak segelintir cahaya lampu di arah dapur lalu menuju ke dapur. Di situ PROFESOR NATAS terjumpa kedua-dua orang isteri dan anaknya. Pada hari biasa mereka akan menyambut PROFESOR NATAS dengan senyuman untuk makan malam, tetapi hari ini mereka berdua berbaring di atas lantai, luka pisau jelas dilihat di tubuh belakang  mereka. Darah membasahkan baju mereka dengan perlahan-lahan. Seorang lelaki misteri berdiri berbelakangkan PROFESOR NATAS di antara mayat KARIN dan ALICE, tangannya menghayun sebilah parang yang diliputi dengan percikan darah. Pembunuh KRIS dan ahli keluarga PROFESOR NATAS sedang berdiri di depannya. Kebencian dan dendam memberangsangkan hati PROFESOR NATAS......


Babak V
Masa     : Malam
Tempat : Lorong buntu Taman Bastion

???                               : Oi, sedang bermimpi ke ni?

PROFESOR NATAS tersedar dari imbasan kembalinya. PROFESOR NATAS telah mengejar lelaki misteri tersebut setelah dia melarikan diri dari tingkap dapur selepas membunuh KARIN dan ALICE. Kini, mereka berada di lorong buntu, bersedia untuk bertempur......

PROFESOR NATAS  : Pembunuh, saya akan menghukum kamu atas kejahatan yang telah dilakukan oleh kamu! Mari ikut saya ke balai polis!

???                               : Tunggu sekejap Natas, mungkin kamu akan menukarkan fikiran selepas melihat wajah saya.

Lelaki  itu berpusing menghadapi PROFESOR NATAS supaya dia dapat melihat mukanya. Lelaki itu berpakaian tuxedo dan seluar panjang putih yang penuh dengan darah mangsanya. PROFESOR NATAS tergamam melihat seorang lelaki yang dari segi rupa, ketinggian, suara dan perbuatan yang serupa dengan dia sendiri.

PROFESOR NATAS  : Siapakah kamu?! Kenapa kamu mempunyai wajah yang serupa dengan saya?!

???                               : Kamu tidak kenali sayakah? Saya ialah KAMU, Natas!

PROFESOR NATAS  : Jangan mengarutlah orang gila! Saya tidak mempunyai abang atau adik kembar! Beritahu saya identiti kamu yang sebenar!

???                               : Walaupun kita berasal dari tubuh yang sama, tetapi saya benci nama kamu yang menyampah itu! Saya mencipta name baru dengan menterbalikkan nama kamu, Natas Sedah… Sayalah Satan Hades!

PROFESOR NATAS  : Satan Hades, nama yang penuh dengan kejahatan!

SATAN HADES         : Kami berdua merupakan orang yang sama, ini membuktikan bahawa sifat benar kamu ialah itu yang kejam!

PROFESOR NATAS  : Sampah karut! Fenomena ini tidak mungkin dari segi sains! Jangan menghina saya!

SATAN HADES         : Ahhhh! Kamu ni memang menjengkelkan! Diam dan dengar baik-baik penjelasan saya tentang kemunculan saya di dunia ini.

SATAN HADES meletakkan parangnya di atas lantai lalu duduk di atas tong sampah yang berhampiran dengan tangannya bersilang.

SATAN HADES         : Sejak kamu dilahirkan, saya telah bersembunyi di bawah kesedaran kamu, mengumpulkan tenaga saya supaya suatu hari nanti saya boleh terpisah dari tubuh kamu. Saya akan menghisap tenaga kamu apabila kamu berasa marah atau sedih. Tenaga yang telah saya hisap akan bertukar menjadi tenaga negatif. Saya telah sabar menunggu selama 43 tahun untuk mengecas tenaga negatif saya ke tahap maksimum. Akhirnya, kini  impian saya direalisasikan! Hahahaha! Tubuh baru saya memang sangat berkuasa! Apabila kamu semakin marah, saya akan bertambah kuat! Murkalah Natas! Bencikan saya! Kemarahan kamu hanya akan bertukar menjadikan saya lebih kuat! Kesimpulannya, sayalah kamu yang sebenarnya, Profesor Natas Sedah yang jahat, Satan Hades!

PROFESOR NATAS  : …… ( berdiam diri dan berfikir ) *Jadi… Sepanjang masa ini seorang lagi saya yang berfikiran jahat telah bersembunyi di bawah kesedaran saya! Saya perlu memikirkan cara untuk menghapuskan dia......*
SATAN HADES         : Rasa kebersalahan telah mendiamkan kamu ke? Orang lemah! Saya nak muntah apabila terfikir seorang lagi saya yang berhati baik, Profesor Natas Sedah kononnya, namun sebenarnya kamu tidak mampu untuk mencapai kejayaan tanpa bantuan orang lain. Sebenarnya dalam hati kamu, kamu sangat bencikan Kris, bukankah!?

PROFESOR NATAS  : Jangan merepek! Saya tidak pernah mempunyai walaupun sedikit perasaan dengki atau kebencian terhadap Kris!

SATAN HADES         : Haih, masih nak menafikan kebenaran yang jelas tertakluk di depan mata kamu… Natas oh Natas, kamu dapat menipukan orang lain, tapi bukannya saya. Sayalah kamu. Saya faham dan tahu segala fikiran jahat kamu, kan saya hidup dalam hati kamu selama ini?

PROFESOR NATAS  : Ugh……  Jangan cakap yang bukan-bukan!

SATAN HADES         : ( tidak menghirau Profesor Natas ) Natas, kamu takut Kris akan menghilangkan diri selepas dia belajar kesemua kemahiran sains yang diajar kamu, sama seperti pembantu-pembantu kamu dahulu. Kamu tidak ingin melihat ilmu pengetahuan kamu dicuri orang lain dengan begitu sahaja. Selain itu, kamu juga tidak mahu berkongsi kemasyhuran penciptaan mesin dimensi dengan Kris.  Hati kamu berfikir, jikalau Kris tidak wujud di dunia ni maka selesailah semua masalah kamu. Kamu ingin membunuh Kris, kamu mahu segala-galanya untuk kamu seorang saja, kamu sebenarnya seorang yang mementingkan diri dan tamak! Profesor Natas Sedah, kamu berdosa berat!

PROFESOR NATAS  : Merepek! Saya dan Kris bertungkus-lumus bersama-sama demi menyiapkan mesin dimensi kami, sudah tentu mesin dimensi tu hasil kerja dia juga! Tidak mungkin saya akan terfikir untuk membunuh dia!

SATAN HADES         : 14 Julai 2045, pukul 4.44 petang. Seminggu sebelum pembunuhan Kris, semasa kamu dan Kris sedang memasang litar elektrik mesin dimensi. Fikir balik sendiri.

PROFESOR NATAS berdiam diri dan merendahkan kepalanya untuk berfikir seketika. Selepas habis berfikir, PROFESOR NATAS menaikkan semula kepalanya dengan perlahan dan membalas SATAN HADES dengan nada suara yang dipenuhi kesesalan.

PROFESOR NATAS  : Memang betul…… Saya memang pernah berfikir demikian, namun saya telah menghapuskan fikiran tersebut kerana idea itu tidak berperikemanusiaan! Pada masa itu saya mengalami tekanan yang berat dan tidak berfikir secara rasional! Jangan-jangan...... Kris dibunuh oleh kamu?!

SATAN HADES         : Hahaha, kamu memang pintar, Profesor Natas. Ya, sayalah yang membunuh Kris. Daripada membunuh, lebih baik dikatakan MENYEKSA. Jeritan kesakitan Kris ketika saya menusuk parang saya ke dalam tubuhnya yang lembut masih jelas dalam ingatan. Ahh, darah saya mula membara apabila terfikir jeritan Kris!

PROFESOR NATAS  : ( menjerit kuat dengan jarinya menunjuk ke arah Satan Hades, bergetar dengan kemarahan ) Kamu ni! Kamu memang bukan manusia! Kamu serupa binatang buas yang berkulitan manusia! Perlukah kamu begitu kejam?! Kamu berhati hitam, berhati jahat dan berhati raksasa!!! Saya tidak akan melepaskan kamu!!

SATAN HADES         : Eh eh eh, jangan kacang lupakan kulit pula! Saya telah menghapuskan punca masalah kamu, bukankah kamu sepatutnya berasa gembira? Sebelum saya lupa, Karin dan Alice, bebanan hidup kamu juga telah saya hapuskan! Berterima kasihlah kepada saya, hahaha!

PROFESOR NATAS  : ( nada tangisan ) Apakah kesalahan mereka?! Mengapakah kamu hendak membunuh mereka juga! Budak kecil pun tak lepaskan! ( melutut di atas jalan dengan tangannya menyentuh lantai dan muka menghadap bawah lalu mula menangis ) Karin...Alice... Saya telah gagal melaksanakan tanggungjawab seorang suami dan ayah yang baik... Saya tidak dapat melindungi kamu berdua daripada orang gila ini... Uhuu......

SATAN HADES         : Aduhai...Sekarang baru perasan ketidakmampuan kamu? Kamu tidak dapat membuat apa-apa untuk mengelakkan kematian orang tersayang kamu. ( menggelengkan kepala ) Memang tidak berguna.

PROFESOR NATAS  : ( menaikkan kepala ke arah Satan ) Diam... DIAM!!

SATAN HADES         : Semasa saya masih berada dalam tubuh kamu, saya tidak tahan dengan kehidupan harian kamu. Isteri kamu tu sangat bising dan selalu menanyakan soalan yang menjengkalkan kepada kamu... Pada pandangan saya, baik saya mendiamkan mulut dia! Sama dengan anak perempuan kamu itu, selalu saja bermanja dengan kamu... Dia tidak tahu bagaimana untuk berdikari ke?

PROFESOR NATAS  : Jangan menghina ahli keluarga saya! Karin menanyakan soalan-soalan kepada saya kerana dia ambil berat tentang saya! Alice baru berumur 7 tahun, tentulah dia akan manja terhadap saya! Dia seorang kanak-kanaklah!!!

SATAN HADES         : Saya tidak peduli begitu banyak! Saya akan menghapuskan segala orang yang saya tidak suka tanpa keraguan! Keluarga yang bahagia hanyalah impian semata-mata! Natas, dengan kematian isteri dan anak perempuan kamu, saya telah memudahkan kehidupan kamu. Kini, kamu baru boleh menumpukan seluruh tenaga, masa dan wang kamu dalam membuat penyelidikan dan penciptaan mesin. Bukankah ini impian kamu selama ini?

PROFESOR NATAS  : ( berdiri secara perlahan-lahan ) Tidak! Saya telah menukarkan impian saya setelah bertemu dengan Karin! Lebih-lebih lagi setelah kami berdua berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan! Saya tahu dan faham bahawa kita mesti mengutamakan keluarga daripada kerja! Impian saya sekarang adalah untuk menjalani kehidupan yang aman dan bahagia dengan Karin dan Alice! Penciptaan  dan penemuan sains saya hanyalah untuk meningkatkan tahap teknologi masyarakat Utopia!

SATAN HADES         : ( berbisik dengan sendiri ) *Ke...kenapa dia menjadi semakin kuat? Sepatutnya dia akan kehilangan keyakinan dirinya! Tenaga saya semakin berkurangan... Saya perlu siapkan dia dengan cepat!* ( menambahkan suara ) Heh... Nampaknya kamu hebat juga, masih dapat berdiri semula walaupun saya telah menyeksa kamu secara mental...

PROFESOR NATAS  : Hmph... Satan, saya bukannya orang sebarangan. Saya pasti akan memikirkan cara untuk menghapuskan kamu! Kamu tak layak untuk menyamakan kami berdua, kamu jelmaan syaitan! Minda kamu penuh dengan fikiran jahat dan keji!

SATAN HADES         : Jangan lupa, segala fikiran saya berasal dari kamu! Saya hanya menunaikan impian jahat kamu!

PROFESOR NATAS  : Tidak, sejak awal lagi saya telah hilangkan fikiran buruk saya! Asalkan kamu sanggup mengubah sikap kamu menjadi baik dan serahkan diri kepada polis, saya pasti mereka akan memberi kamu peluang kedua... Sama-sama kita berdua menggunakan ilmu sains kita untuk membantu orang ramai!

SATAN HADES         : Kamu anggap saya sebagai budak kecil? Manalah saya akan menyerah diri degan begitu mudah? Pertarungan ini masih belum mula, dan kamu tidak mungkin akan menang wahai Natas yang naif.

SATAN HADES mengambil parang yang diletakkan di atas lantai olehnya sebelum itu manakala PROFESOR NATAS mengambil sebatang paip besi dari longgakan sampah-sarap. Kedua-dua orang bertentangan mata, bersedia untuk bertempur. SATAN HADES dan PROFESOR NATAS saling menyerang, tetapi serangan masing-masing dapat dipertahankan oleh pihak lawan. Mereka bertukar serangan, namun kemahiran kedua-dua orang terlalu serupa. Selepas bertempur selama 5 minit, pertarungan antara PROFESOR NATAS dan SATAN HADES masih dalam keadaan seri.

SATAN HADES         : Matilah Natas! ( menghayunkan parang )

PROFESOR NATAS  : ( melintangkan paip besi untuk menghalang serangan Satan ) Ugh! Terima serangan saya! ( membalas serangan )

SATAN HADES         :  ( berlompat ke belakang untuk mengelak serangan Profesor Natas ) Hah...Hah...Hah... Saya benci untuk mengaku, tetapi kamu mempunyai kemahiran berlawan yang setanding dengan saya... Grr... Langsung tidak dapat melukakan kamu...Hah...Hah...

PROFESOR NATAS  : ( keletihan ) Hah... Kita berdua orang yang sama...Hah...Sudah tentu stamina dan daya tahan kita sama. Hah... Hah... Kemahiran berlawan pun sama, dengan berlawan pastinya tidak dapat menentukan pemenang... Hah...

SATAN HADES         :  ( berdiri tegap semula ) Kamu janganlah begitu berkeyakinan dulu. Biar saya menanya kamu sebuah teka-teki. Apakah perbezaan antara askar dan maharaja dalam sebuah permainan catur?

PROFESOR NATAS  : Saya tak ada masa untuk bermain teka-teki kamu yang kekanak-kanakan itu!

SATAN HADES         : Ceh, jawapan teka-teki ini berkait rapat dengan hubungan kita berdua! Dalam sebuah permainan catur, askar bertungkus-lumus melindungi maharaja, tapi akhirnya akan dikorbankan untuk keselamatan maharaja juga... Maharaja pula merupakan kepingan catur yang paling tak guna, hanya dengan bantuan kepingan askar barulah dapat bertahan lama dan menang pertarungan catur. Sekarang saya ialah kepingan askar, tengah melindungi kamu, seorang maharaja yang tidak berkemampuan!

PROFESOR NATAS  : Saya ialah maharaja dan kamu ialah askar...?

SATAN HADES         : Tanpa saya, kamu tidak akan mempunyai daya maju untuk mengelokkan kemahiran dan ilmu sains kamu. Tanpa saya, kamu tidak akan mempunyai daya saingan dengan saintis lain untuk menjadi saintis sains yang terunggul. Tanpa saya, kamu hanya orang biasa! Selama ini, saya penyumbang semangat kamu supaya kamu akan menjadi saintis yang terbaik. Tanpa saya, kamu tidak akan mempunyai sikap suka bersaing!

PROFESOR NATAS  : Jadi, kamu menyumbang kepada sifat suka bersaing saya?

SATAN HADES         : Betul! Saya dah tak tahan menjadi askar kamu... Hari ini, saya akan menjadi maharaja, dan kamu bertukar menjadi askar saya! Apabila kamu menjadi terlalu letih dan lemah selepas bertarung dengan saya, saya akan menggunakan tenaga negatif saya untuk menyedut kamu ke dalam tubuh saya, saya akan menjadikan kamu, Profesor Natas, bayang-bayang saya!

PROFESOR NATAS  : ( berfikir sendiri ) *Alamak... Sekarang tubuh saya sudah menjadi terlalu lemah untuk menentang Satan lagi... Nampaknya hanya tinggal cara itu sahaja...* Ei Satan, jika kamu sudi menjawab soalan terakhir saya, saya rela disedup oleh kamu...
                                                                                                                                                                                         
SATAN HADES         : Hahaha...... HAHAHA! Profesor Natas yang hebat sudah mengalah dengan begitu cepat? Baik! Baik! Tanyalah soalan kamu itu supaya kamu dapat mati dengan damai!

PROFESOR NATAS  : *Nampaknya dia akan tertipu...* Baiklah, dengar baik-baik. Sekiranya saya mati, apa yang akan berlaku pada kamu?

SATAN HADES         : Jika kamu mati, sudah tentu saya akan lesap dari dunia ini! Kita berdua berkongsi tubuh badan yang sama, sekarang saya hanya tenaga negatif, oleh itu saya perlu menyedut badan kamu supaya saya boleh memperolehi tubuh badan saya yang sendiri! Puas hati dengan jawapan saya?

PROFESOR NATAS  : Baik... Marilah...Saya sudah bersedia...

SATAN HADES         : AKHIRNYA! AKHIRNYA! HAHAHAHA! SAYA TELAH MENUNGGU SAAT INI SELAMA SEUMUR HIDUP SAYA!

SATAN HADES berjalan ke depan PROFESOR NATAS sambil berketawa kegembiraan. SATAN HADES meletakkan tapak tangan kanannya di dada PROFESOR NATAS, bersedia untuk menyedut PROFESOR NATAS. Pada masa ini, PROFESOR NATAS menjatuhkan paip besi di tangannya lalu memegang tangan kiri SATAN HADES yang masih bersenjatakan parang. Dengan pantas, PROFESOR NATAS mengawal tangan kiri SATAN HADES untuk menusukkan parang ke dalam perutnya.

SATAN HADES         : ( terkejut ) Apa yang kamu sedang buat ni!?

PROFESOR NATAS  : ( memandang muka Satan Hades ) Heh... Kalau saya mati... Kamu juga akan hilang...

SATAN HADES         : ( terjatuh ke atas lantai kerana kesakitan ) ARGHHHHH! Badan saya seperti dibakar! Sakitnya badan saya! Tenaga saya.... Tenaga saya semakin berkurangan! Celaka Natas! ARRGGGGGGHHHHHH!

Tubuh SATAN HADES yang terdiri daripada tenaga negatif kelihatan sedang berlarut dari kaki hingga ke kepalanya secara perlahan.

SATAN HADES         : Tidak! Impian saya masih belum tercapai! Saya nak kuasa! Saya nak duit! Saya nak wanita! Saya nak kemasyhuran! Saya nak kesemua-semuanya! Saya tidak mahu hilang begitu sahaja! Tidak! TIDAK!!!! JAHANAM KAMU, NATAS! ARRRRRGGGgggghhh......

Seluruh badan SATAN HADES telah lesap, hilang dari dunia ini. PROFESOR NATAS berbaring di atas permukaan lorong, penuh dengan kesakitan. Dia berasa semakin lemah akibat terkeluar darah yang banyak. Dia mencabut keluar parang yang masih tertusuk di perutnya dengan tangan kiri lalu menahan perutnya dengan tangan kanan.
PROFESOR NATAS menggunakan nafasnya yang terakhir untuk mengatakan fikirannya...

PROFESOR NATAS  : Akhirnya... Saya telah berjaya... ( batuk ) Syaitan itu sudah hilang... Masyarakat Utopia dapatlah hidup dalam harmoni... ( memuntah darah ) Ack! Sakitnya... Penglihatan saya semakin kabur... Nampaknya masa saya sudah sampai... Kris... Karin... Alice... Tidak lama lagi, saya akan bertemu dengan kamu semua..............................................

PROFESOR NATAS telah mengorbankan dirinya sendiri untuk menghapuskan jelmaan syaitan, SATAN HADES. Dia berasa rohnya terapung meninggalkan tubuh badannya. Secara perlahan-lahan, PROFESOR NATAS sudah mencapai langit. Dia dapat melihat seluruh bandar Utopia dari atas langit. Tiba-tiba, satu pintu gerbang bercahaya muncul di depan PROFESOR NATAS. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Utopianya yang tersayang, PROFESOR NATAS memasuki pintu gerbang itu......

Babak  VI
Masa     : ???
Tempat : ???

Selepas memasuki pintu gerbang, PROFESOR NATAS terapung melalui sebatang laluan dimensi pelangi. Di hujung laluan dimensi tersebut terdapat sebuah pintu gerbang lagi. Maka, PROFESOR NATAS masuk ke dalam pintu gerbang itu. Sebaik sahaja dia menyentuh pintu gerbang itu, penglihatan dia dikaburkan oleh pancaran cahaya yang kuat. Apabila PROFESOR NATAS membuka matanya semula, dia mendapati bahawa dia telah pulang ke dimensi kekosongan, dan ZOROX sedang berdiri di depannya.

ZOROX                      : Selamat kembali, manusia.

PROFESOR NATAS  : Eh? Kenapa saya akan pulang ke dimensi kekosongan ini? Sini syurga ke?

ZOROX                      : Mungkin kamu masih tidak menyedari bahawa kesemua perkara yang telah kamu lalui sejak kamu meninggalkan dimensi kekosongan sehingga ke saat kamu memasuki pintu gerbang cahaya di langit bandar Utopia hanya khayalan kamu sendiri sahaja.

PROFESOR NATAS  : Apa? Pembunuhan Kris, pembunuhan Karin dan Alice dan juga pertarungan antara saya dengan Satan Hades, semuanya khayalan?

ZOROX                      : Benar. Syabas atas kelulusan kamu dalam ujian kesucian hati saya.

PROFESOR NATAS  : Ujian kesucian hati? Adakah itu ujian yang kamu tetapkan bagi saya?

ZOROX                      : Semua perkara yang berlaku dalam khayalan kamu merupakan sebahagian daripada ujian kesucian hati saya. Saya hendak melihat cara kamu menghadapi cabaran hidup. Dalam khayalan kamu, bukankah kamu telah bertemu dengan diri kamu yang jahat, Satan Hades? Dia merupakan seorang lagi kamu yang jahat yang bersembunyi di bawah kesedaran kamu sendiri.

PROFESOR NATAS  : Ya Tuan Zorox, saya faham. Satan Hades telah menjelaskan kesemuanya kepada saya.

ZOROX                      : Saya terkagum melihat prestasi kamu menentang Satan Hades. Kamu mementingkan persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Namun, kamu masih dapat mengawal diri apabila berdepan dengan pembunuh kawan dan ahli keluarga kamu.. Kamu tidak bertindak atas emosi dan kamu berfikir dengan tenang cara untuk menghapuskan Satan Hades. Kamu telah menunjukkan keberanian dan kecekalan yang luar biasa. Saya paling kagum akan tindakan pengorbanan diri kamu demi masyarakat Utopia. Ini menunjukkan kamu seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.

PROFESOR NATAS  : Terima kasih atas pujian kamu, dewa Zorox.

ZOROX                      : Natas Sedah, kamu telah lulus ujian saya dengan cemerlang sekali. Kini, kamu memberi harapan kepada saya yang dunia ini masih wujudnya orang baik. Saya berasa kamu sudah memperolehi ilmu kehidupan yang banyak semasa bertarung dengan Satan Hades.

PROFESOR NATAS  : Memang betul, dewa Zorox. Saya tersedar bahawa setiap orang mempunyai sisinya yang jahat. Sebenarnya, kita tidak perlu menentang sisi kejahatan kita, tetapi kita haruslah menerimanya dan menggunakan cara untuk menukarnya menjadi kuasa positif kita sendiri.

ZOROX                      : Bagus, bagus! Natas, gunakanlah kecerdikan kamu untuk membantu orang ramai. Dengan hati dan minda yang suci, kamu pasti akan berjaya. Baliklah ke dunia kamu, saya berharap kami akan berjumpa lagi......

ZOROX hilangkan diri selepas menamatkan perbualan. Di tempat asal ZOROX berdiri, muncul sebuah pintu dimensi. Sebelum meninggalkan dimensi kekosongan, PROFESOR NATAS mengucapkan terima kasih dengan ikhlas kepada ZOROX. ‘Akhirnya, saya dapat pulang ke bumi,’ PROFESOR NATAS berfikir sambil tersenyum.


Babak  VII
Masa    : Pagi, seminggu selepas ciptaan mesin dimensi
Tempat : Rumah Profesor Natas, Lorong Brewster, Taman
               Bastion, Utopia

PROFESOR NATAS : Sayang, saya telah pulang!

PUAN KARIN            : Ah Natas! Selamat kembali! Bagaimana dengan proses pemohonan paten untuk mesin dimensi kamu dan Kris?

PROFESOR NATAS : Segalanya telah siap, sayang. Kami telah memperolehi paten tersebut. Kris benar-benar teruja dengan hasil kerja kami.

PUAN KARIN            : Baguslah begitu. Saya ingat kamu telah menjemput Kris ke mari untuk makan malam?

PROFESOR NATAS : Ya, tetapi Kris masih sibuk menerima temuduga wartawan pihak televisyen kerana dia telah menjadi pencipta yang paling muda di dalam dunia, jadi dia akan datang lewat. Saya memberi alasan sibuk kepada pihak media supaya mereka melambatkan wawancara saya kehari esok.

PUAN KARIN            : Haha, Kris pasti seronok menerima begitu banyak perhatian dari pihak media, kan?

PROFESOR NATAS : Mestilah, ini kali pertama dia akan muncul di skrin televisyen! ( berketawa )

PUAN KARIN            : Natas, saya mendapati kamu telah bertambah ceria sejak minggu lepas. Kamu terima berita baik ke?

PROFESOR NATAS : Karin sayangku, saya boleh hidup bersama-sama dengan kamu dan Alice dalam keadaan aman damai, sudah tentu saya berasa gembira. Manusia menetapkan cara kehidupan mereka sendiri. Namun, tergantunglah pada fikiran manusia untuk melakukan ihsan atau dosa. Inilah keseimbangan Gaea.

PUAN KARIN            : Wah, bermaknanya! Natas, sejak bilakah kamu menjadi ahli falsafah? ( senyum )

PROFESOR NATAS : ( mengedipkan mata ) Rahsia!

Monday, July 18, 2011

Benci Part Duos

Bina ayat lalala~ Started as a joke, end as a pain in the arse~ At least I got complete my work, aahha
1) membuktikan - Saya berasa gembira kerana berjaya membuktikan bahawa anak itu bukan anak saya kerana saya tidak perlu bertanggungjawab.

2) membuntingkan - *Why the heck is KPM inserting such a word in our buku kerja?* Yong Eraksi tersilap membuntingkan suami Pn Lim. lol suami

3) mencalitkan - Saya mencalitkan tanah pada muka ayam itu. *Perfectly normal, and the chicken i meant is a real chicken, not that type of chicken, but they still say I like to torture animal.*

4) mencampakkan - *hoho sensitive cannot type out* Dia mencampakkan sebiji batu ke tingkap rumah En Ali yang dibenci itu

5) membincangkan - Yong dan Fong Jasmin sedang membincangkan apa yang akan mereka main di atas katil. *ahaha if you think it is yellow that means ur brain is polluted*

6) membingungkan - Perut besar dia amat membingungkan saya, adakah dia sudah hamil? *WEEELLLL if pregnancy is qualified as lucah, then we could straight away stop learning Biology*

Thursday, June 2, 2011

The Third Kind

               Out of all the people in the world, who would have thought that it would have happened to me?

               It was just another typical night, me lying on my bed SMS-ing with my best buddy Politt and not doing anything else. I rolled to the other side of my bed to take a glance at my clock; it was already one in the morning. ‘ Perhaps I really should hit the hay soon , or mom will be furious if she finds out that I am still awake. ’ I thought in my heart.
     
             At that instance, I heard a loud ‘thump’ outside my bedroom.  ‘ Oh no! Mom! ’ my instinct took over and I immediately buried my head under my blanket. When my bedroom door opened, I pretended to be fast asleep. Then, I heard heavy footsteps walking into my room, weird footsteps, which sounded nowhere near like human feet. Thieves were the first thing that popped up in my mind, but the real situation was not that simple......

            Without thinking too much, I reached out my hand from my blanket to take my baseball bat which was placed at a rack beside my bed, then hid it under the blanket, gripping it hard with my right hand. I opened my eyes for just a moment to catch a glimpse of the room intruders. The dark surroundings made it hard for me to see properly, but I could make out the shadows of two towering figures, each reaching a height of at least 180cm. I cursed silently, knowing that I would be no match for both of the criminals. While I was busy planning a counter under my blanket, a loud noise broke the silence.

             ‘ SQUEEEEEKKKKK!!! ’

            ‘ Silence, XR2! Do not let your action foils our mission! ’ hollered one of the intruders.

            ‘ Apologies, captain. It was my fault for being so careless. Looks like this kid loves playing with rubber toys huh? ’ replied the so-called XR2. ‘ What a weird name for a thief, are they psychos? ’ I had in mind. Apparently, XR2 accidentally stepped on one of my collector’s edition rubber ducks placed on the floor, where the squeaking originated.

           I could feel the adrenaline rushing through my blood streams as the seconds passed by, the intruders were slowly approaching me, and at any minute they could be pointing a knife at my neck. I fastened my grip on my baseball bat, like a predator ready to strike. I braced myself for the worst case scenario.

           Once their dry and coarse hands touched my body, the reaction was instantaneous . ‘ DIE NINCOMPOOPS! ’ I gathered all my strength and swang the bat as hard as I could with a battle cry. ‘ Thwack! ’ my hit found its target, one of the figures collapsed to the floor. Panting, I looked up to the still standing figure, and I had the greatest shock in my life.

           There, standing in front of me, was a thing we could only have seen from a sci-fi television programme. That thing was grey-skinned and it’s body was illuminating with a bluish effulgence. Its face was wrinkly and somehow looked like a casaba melon, except it was grey in colour. The presence of its huge white-coloured eyes reminded me of a full moon high in the midnight sky. It neither has a nose or ears. In addition, what made it worse was that it was fully equipped with a pure white space battle armor, with high-tech looking guns hanging from its belt.
                   
            It stared down at me, its stare pierced through my heart, destroying all the confidence and courage I had like a wisp. In my bedroom, I was standing as straight as a die, trembling like an aspen leaf, completely helpless, thinking ‘ Why are there aliens in my bedroom?! ’. Silence continued for what I felt like ages, until the alien finally spoke up.

           ‘ Halt, earthling. Put down your puny stick and do not attack again, or you will face the consequences..... ’ said the alien coldly.

           ‘ What do you want from me.....? I did nothing wrong, please do not hurt me...... ’ I responded in a shaky voice, holding back my tears. Nevertheless, it  was a vain attempt, as the tears came splashing down my cheeks seconds later.

           ‘ Stop crying or I will send you straight to the heavens! ’ shouted the alien. Immediately, I wiped off my tears and put on a serious face, for the sake of my dear life. ‘ It was rude of me for barging in your bedroom, but we are against the clock at this moment. Let me introduce myself, I am Captain Gekiga, hailing from Planet Utopia, located at the far end of the Andromeda Galaxy. My unconscious friend here is XR2, and we are here seeking for your aid. Are you willing to follow me back to my spaceship? I will explain the details later. ’ continued Captain Gekiga.

           Completely boogled, I was in lost for words. Two aliens, in my bedroom right now, inviting me to their spaceship? To assure myself that this all was just a dream,  I pinched myself hard in the face, only to find that it hurts.  Crestfallen, I questioned Captain Dicker, ‘ But how do you expect I can trust you after you and your pal crept up to me like this? ’. ‘ Trust can be earned. For now, I will take your reply as an agreement. Be ready to be transported back to my spaceship, the NeuraniaZX. ’ answered Captain Gekiga.

            Afterwards, Captain Gekiga proceeded by lifting XR2 from the floor with a fireman’s carry and called out into the air with a commanding voice, ‘ Teleporter, activate! ’ In eye-blinking speed, a ray of blinding light shot through my bedroom’s window and shone upon all three of us. Soon after, an intense force sucked me into the void, knocking me out cold in the way.......

            ‘ Beep...beep...beep... ’ After listening to these endless beeping, I somehow regained my consciousness. I slowly lift myself up from the cold hard floor, while letting my vision cleared. Like a fantasy, I found myself standing in a laboratory full with scientific equipments far more advanced than that of human’s. I took a good look around to get a clearer image of the laboratory. Monitors were flashing long paragraphs of weird messages containing unfamiliar symbols, most probably in the aliens’ native language. At the other side of the lab, weapons of all sort were arranged neatly at a weapon rack; there were grenades, shields, space helmets, armors and much to my surprise, lightsabers. ‘ Woah, this is just like Star Wars! Since XR2 and Captain Gekiga are not around, perhaps I may get a hand on these cool lightsabers just for a while...... Heheh...... ’ And just when I thought there were no one to interrupt me, I felt a tap on my left shoulder and it scared the living daylights out of me. I promptly turned around, only to see XR2 wearing a smirk on his face with his arms crossed.

           ‘ Am I interrupting your train of thought? Who knows what will happen if I do not stop you in time, perhaps you slashing one of your arms off with a lightsaber? ’ mocked XR2 in a provoking voice. ‘ Follow me, my captain is waiting for you in the command center. Let’s make haste. Oh, and before I forget, you owe me one for the bump on my head.  ’ XR2 pointed his head before leading me into a tube elevator made out of emerald glass-like substance. We went down the elevator and arrived at the command center seconds later.

           The moment I stepped out the elevator, a magnificent view entered my eyes. Standing at the center of the command center, I could see the starry night sky through the window panels of the spaceship 360 degree around me. Up, up in the sky I was, I felt like the lord of the sky, that feeling was superb, unmatched. Control panels with myriad buttons and switches were attached to the edges of spaceship, forming a hemisphere. At the far right of the command center, Captain Gekiga was staring at a green capsule in front of him with his back towards us, unaware that we had arrived. ‘ Go, do not let my captain wait. ’ urged XR2 and he gave me a little push on my back. Staggering forward, I approached Captain Gekiga step by step.

           ‘ I see you have woke up, that was the teleporter’s effect to blackout strangers, hope you do not mind.  ’ greeted Captain Gekiga before continuing on, ‘ Here, have a look at this green capsule. ’ Beside Captain Gekiga, I poked my head forward and looked down into the green capsule.  At the bottom of the capsule, a beautiful, angelic alien girl with long, lustrous red hair and perfectly smooth white skin who appeared to be in a deep slumber was lying there peacefully. After staring for some moment, I asked Captain Gekiga, ‘ Sorry for being blunt, but is this your daughter? Why is she sleeping in here? ’

          With a look of sorrow and grief etched on his face, he answered me sadly, ‘ Yes, she is my beloved daughter, Aliace. She was perfectly fine a year ago, until one day when she went on a trip with me to a plant-infested planet called Biozain, she accidentally smelled some poison flower’s fumes and fell unconscious, until now. I searched high and low, far and wide through the intergalactic realms for the best doctors to cure her weird disease, but none succeeded. Nevertheless, each and every one of them told me to look for a ZXV-2 type DNA which can only be found in the cells of Earthlings. This disease, known as the Never Awake by doctors, can only be cured with the injection of the ZXV-2 DNA into the bloodstream of the patient. That is why I came to Earth, to extract that DNA from your body. So, now here is the question, are you willing to help me? ’     

           ‘ Wait wait wait wait, hold your horses Captain Gekiga. There are over 7 billion humans in this whole wide world, and you choose me? Why? ’ I questioned him.

           ‘ I have run a scan over every living Earthling, and you are the only one with the ZXV-2 DNA. Are you satisfied now? Please, your one small kind deed can save my daughter’s life, and other extraterrestrials facing the same problem as I am. Your DNA is what I need the most now, will you help me? ’ pleaded Captain Gekiga, almost falling to his knees just to beg me. Touched by his sincerity and love for his daughter, I accepted his offer.

            ‘ Thank you, thank you very much earthling! Please, stripped yourself to that lab chair, and we will do all the other work. You will be paralysed before undergoing the extraction, so I promise that you would not feel even a tiny bit of pain during the process. XR2, get ready! ’ explained Captain Gekiga to me. Soon enough, XR2 appeared in front of us with a set of surgery equipments. Captain Gekiga on the other hand went into his captain’s quarter and came out gripping something in his right hand.

           I stripped myself tight on the lab chair. I felt like there were butterflies in my stomach, anxious and worried. Captain Gekiga stepped up to hold my hands and passed to me what he was holding – a star-shaped badge with a peace symbol at its middle. ‘ This is the token of friendship in Planet Utopia. I hope you would accept it as a remembrance of our bond. ’ Captain Gekiga told me. I thanked him for his kindness and pocketed the badge. With one last look around the spaceship, XR2 and Captain Gekiga, I bid them farewell. ‘ Thanks for bringing me up to your spaceship, it will be the most memorable day in my life, you are a good father, Captain Gekiga, and I hope your daughter will recuperate soon enough. ’ ending my sentence with a smile. Captain Gekiga returned the smile and ordered XR2, ‘ XR2, let’s do it! ’ XR2 turned down a lever and I was electrocuted. Slowly, my vision blurred and I fell into the darkness once more......

          When I woke up, it was morning and I was in my bed again. Rubbing my forehead, I recalled the events and thought that it was just a dream, until I pulled out a star-shaped badge with a peace symbol at its middle from my pocket. Looking at the badge, I smiled to myself and rushed downstairs, yelling ‘ Mom! Dad! Guess where had I been to last night!................ ’

Tuesday, April 26, 2011

King Scout Camp - The Chronicles Of Sleep-less 3 Days 2 Nights ( Part Tres)

Sunday 17-4-2011, 12.45am
When I was resting peacefully inside my semi-auto 3-man-tent, Ah Hoi came to wake me up and told me that tuan called my number to go to the dewan. Immediately, I rushed to the dewan, only to found out tons of participants already arrived and were listening to a speech. As I crept closer, the tuan saw me and asked me why I've came. The tuan were gathering all 67 participants who failed their Taraf Perkhemahan, including Kind Beam and Ayam Kok Kok, and me obviously. ( screw you Rak Kasut! ) We were warned and ordered to finish our gadgets before 8.00am in the morning.

After I went back to my campsite, I drank my 2nd can of Nescafe and continued to work. First, I beautify my Fence. Afterwards, I completed my Table & Chair in about 2 and 1/2 hour, as there were whole bunch of platforms for me to tie, and I was lacking of bamboos at that time, so I was forced to go back and forth to Squarehead's campsite to acquire the bamboos I needed. ( ACS dumped their bamboos beside his campsite ). Then, I used about 1 hour to finished the platforms on my Tools Rack. By dawn, I tried to complete my Main Gate, but unfortunately I faced several technical difficulties. As luck would have it, I've only able to put on a temporary gate which will make everyone laugh... I then built a Rope Rack, hoping it will give me good bonus marks....

In the morning, we were called to the Dewan for istiadat, but they didn't tell us whether we should be ready for Taraf Perkhemahan. My campsite was quite neat, except for the Bamboo Rack position due to incompleteness. We took our tongkats and went for Istiadat Bendera as usual, and as I predicted the tuans were going to inspect our campsite without the participant, alone. Well that's great news for me, cuz I didn't prepare my layout and there's heck lot of stuffs in my tent. Oh well, fate, I'm doomed. We entered the Dewan for Taklimat CPR by Tuan Wazer. CPR = Calon Pengakap Raja, and not the normal CPR (PC) taklimat we thought it will be. We spent almost an hour squirming under the scorching hot sun, listening to someone's snore and laughing at someone's snort. *Rhythm!*

After that, we went back to our campsite to packed our personal things. Tuan Faruiq called us pondans and urged us to move faster. We didn't even have the time to take photos together. Subsequently, we were ordered to take down our gadgets and tie them up, which most of the Sam Tets and I didnt follow, and throw them to the far back from our campsites. Burn burn bamboos burn, how more environmental-friendly can a scout be? At 1.00pm, we went back to the Dewan for Istiadat Bendera (again!), then we were permitted to go home, finallyyyyY!!! En Latib and En Amir came at 12.00 noon, and the lorry came at 2.00 pm. We arrived back at SMJK Poi Lam at 3.30pm. I went home earlier that day ( only after I moved all the mangroves back to bengkel and grouped all my tools together ), and Kopitiam took a ride to The Store, excusing that he needs to go to his auntie's house, but the reality is that he went to meet with his girlfriend. Lame, poor, awful, terrible excuse. Die.

The end. Comment if you like. I don't care anyway.

26-4-2011, after SOLAF, girls playing balloon, Philippine's pirate chatting with CYW - purple edges with white middle